Bahasa Melayu

Bahasa Melayu
Gambar koleksi peribadi

Selasa, 29 November 2016

MASALAH GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA


Diambil daripada www.youtube.com : Masalah sosial remaja

PENGERTIAN GEJALA SOSIAL

Gejala- Tanda-tanda (Akan terjadinya sesuatu)

Sosial- Segala hal yang berkaitan dengan masyarakat


Masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan dalam kehidupan seharian


JENIS-JENIS MASALAH GEJALA SOSIAL

Contohnya:

Gambar hiasan

Buli 

Gambar hiasan
Vandalisme

Gambar hiasan
Merokok


PUNCA-PUNCA GEJALA SOSIAL

Globalisasi
Media massa
Keruntuhan akhlak
Sikap ibu bapa
Sikap remaja
ICT
Kelemahan undang-undang


KESAN NEGATIF

Kepada individu itu sendiri
Keruntuhan nilai agama
Menjejaskan negara




 Rujukan:

 Abdullah Sani Yahya. (2006). Mengurus Disiplin Pelajar. PTS Professional

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/lain-lain/39790-gejala-sosial-dalam-kalangan-remaja





Jumaat, 25 November 2016

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK



AYAT TUNGGAL


  • Ayat Tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan predikat
  • Ia boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan
  • Ia boleh mempunyai susunan biasa dan susunan songsang

Susunan Biasa

susunan biasa Ayat Tunggal (Bermula dengan subjek dan berakhir dengan predikat) contohnya:


  • Abang saya suka menonton cerita koboi
  • Wardatul sedang menyiram pokok-pokok bunga
  • Emak sedang menggosok baju
  • Jiran saya telah membeli sebuah rumah di kampung kilanas

Susunan Songsang

Susunan songsang Ayat Tunggal (Bermula dengan predikat dan berakhir dengan subjek) contohnya:


  • Menangkap tikus ini si Tompok
  • Sudah pulang ke kampung jiran kami
  • Sungguh mahal baju Batrisyia
  • ke Pulau Pinang bapa Dayat

Soalan:


  1. Apakah yang dimaksudkan dengan ayat tunggal?
  2. Bina ayat berpandukan gambar dibawah ini (Kawan saya):

Gambar koleksi peribadi


  3.  Cari Susunan biasa dan susunan songsang Ayat Tunggal:

  • Lelaki itu amat tinggi 
  • Pandai murid itu
  • Sungguh kejam penjenayah itu
  • Sudah pulang ke bandar abang saya
  • Pendaki itu berjaya juga akhirnya
  • Abang Anita ialah mahasiswa universiti

    

AYAT MAJMUK


  • Ayat Majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua atau lebih ayat tunggal
  • Ayat-ayat di dalam sesuatu Ayat Majmuk dicantumkan menggunakan kata hubung (yang, dan, kerana, supaya, atau, sambil)
  • Terdapat tiga jenis Ayat Majmuk, iaitu:
    • Ayat majmuk gabungan
    • Ayat majmuk pancangan
    • Ayat majmuk campuran



Ayat Majmuk Gabungan


Ayat majmuk gabungan  ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih daripada dua ayat yang disambungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, serta, tetapi sambil dan sebagainya.


Contoh:
Ayat tunggal 1: Danial belajar di Sekolah Menengah Sayyidina Hasan
Ayat tunggal 2: Taufiq belajar di Sekolah Menengah Sayyidina Hasan
Ayat Gabungan: (Cuba jawab)


Gambar koleksi peribadi



Ayat Majmuk Pancangan


  • Ia terbina daripada satu ayat induk atau ayat utama dan satu ayat atau beberapa ayat kecil lain
  • Ayat-ayat kecil yang dipancangkan di dalam ayatinduk menjadi sebahagian daripada ayat induk tersebut
  • Ayat Majmuk Pancangan terbahagi kepada 3 jenis:
    • Ayat relatif 
    • Ayat Komplemen
    • Ayat Keterangan
Ayat Majmuk Campuran

  • Mengandungi lebih dari satu jenis ayat
  • Ia boleh terdiri daripada gabungan satu ayat tunggal dengan satu ayat majmuk atau campuran  beberapa ayat majmuk yang berlainan jenis


Rujukan:

Nik Safiah Karim. (2003). Bimbingan Pelajar Bahasa Kita. Selangor: Cerdik Publication Sdn Bhd

Naafi Mat. (2006). Glosari Pengajian Melayu. Selangor: Cerdik Publication Sdn Bhd

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof & Mohd Ra'in Shaari. (2006). Bahasa Melayu: Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

KARANGAN JENIS LAPORAN



PANDUAN MENGARANG

Karangan jenis laporan adalah karangan yang berkaitan tentang sesuatu hal atau peristiwa yang telah berlaku

Laporan yang dimaksudkan adalah mengenai tentang perjalanan sesuatu mesyuarat, kegiatan disekolah, lawatan kesuatu tempat dan sebagainya

Laporan yang ditulis hendaklah berdasarkan kenyataan dan bukan khayalan

Penggunaan bahasa hendaklah jelas dan betul. Elakkan penggunaan bahasa yang berbunga-bunga.

Urutan peristiwa hendaklah disusun mengikut tertibnya

gambar hiasan
Karangan jenis laporan mempunyai format khas. Pelajar biasanya dikehendaki mematuhi format yang dikhaskan untuk mengelakkan pemotongan markah dalam peperiksaan ataupun semasa membuat tugasan sekolah.

Format karangan jenis laporan:


  1. Tajuk laporan
  2. Isi laporan
  3. Pengakuan pelapor
  4. Tarikh
  5. Tanda tangan pelapor
  6. Nama dan jawatan pelapor 




Rujukan:


Hashim, S., bin Hashim, S., binti Yaakub, R., bin Ahmad, M. Z., Yaakub, R., & Ahmad, M. Z. (2007). Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. PTS Professional.



KARANGAN JENIS PERBAHASAN


PANDUAN MENGARANG



Karangan jenis perbahasan memerlukan anda mengemukakan hujah-hujah bagi satu pihak sahaja, sama ada menyokong atau membangkang tajuk yang diberikan

Tajuk atau soalan karangan jenis perbahasan dapat dikemukakan dalam dua bentuk

Bentuk yang pertama melibatkan situasi pertandingan. Anda akan menyertai pertandingan bahas dan dikehendaki untuk membahaskan tajuk perbahasan sam ada sebagai pencadang atau sebagai pembangkang. Dalam situasi pertandingan seperti ini, format karangan anda mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:



  1. Perenggan pendahuluan 
    • Mengandungi kata-kata aluan kepada hadirin, termasuk para hakim, mengikut protokol hadirin, kemudian diikuti oleh maksud tentang kata atau frasa yang terdapat dalam tajuk
  2. Perenggan isi
    • Mengandungi hujah-hujah yang diselangselikan dengan kata-kata penghadapan seperti tuaan-tuan dan puan-puan.
  3. Perenggan penutup
    • Mengandungi kesimpulan dan pengeasan pendirian anda terhadap tajuk perbahasan. (di akhiri dengan ucapan terima kasih)

Bentuk yang kedua tidak melibatkan situasi pertandingan. Anda dikehendaki membahaskan tajuk yang diberikan. Penulisan karangan bagi karangan ini mengikut format yang berikut:

  1. Perenggan pendahuluan
    • Tidak mempunyai kata alu-aluan
  2. Perenggan isi
    • Tidak mengandungi kata-kata penghadapan
  3. perenggan penutup
    • Mengandungi kesimpulan tentang tajuk; ucapan terima kasih tidak diperlukan

Ahad, 16 Oktober 2016

ULANG KAJI: CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

STRATEGI MENJAWAB SOALAN MENUKARKAN AYAT



  • Baca dan fahami arahan dan ayat atau petikan yang diberi sebelum menjawab soalan
  • Jawapan kamu mestilah bebas daripada sebarang tanda tanya dan tanda seru sekiranya arahan meminta anda menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah.
  • Pelajar perlu memastikan agar tidak ada isi yang ditambah atau tertinggal  semasa menukarkan ayat.
  • Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan sahaja bagi soalan berdasarkan petikan untuk cakap pindah
  • Pelajar perlu berhati-hati dalam penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan sentiasa memelihara struktur ayat.
  • Pelajar tidak boleh mencampuradukkan bentuk cakap ajuk dengan cakap pindah dalam jawapan
  • Pelajar juga perlu memperlihatkan isi, bahasa dan kelancaran penyampaian yang baik dan berkesan dalam proses menukarkan ayat.

 AYAT CAKAP AJUK

Ayat cakap ajuk ialah percakapan seseorang tentang sesuatu. Ini bermakna cakap ajuk berupa petikan percakapan yang berbentuk perbualan atau dialog.

Ayat cakap Ajuk menggunakan pembuka kata dan penutup kata dalam tulisan ("......")


AYAT CAKAP PINDAH


Ayat cakap pindah ialah bentuk ayat yang ditulis semula daripada bentuk perbualan kepada bentuk karangan.

Ayat cakap pindah tidak menggunaka tanda pembuka kata dan penutu[ kata. 

Walaupun bentuknya berbeza daripada bentuk ayat cakap ajuk  tetapi maksud yang disampaikan adalah sama. 





 GOLONGAN KATA

Kata ganti nama diri:

Cakap ajuk: Saya ,aku, kami, beta, anda engkau

Cakap pindah: dia, beliau, mereka, baginda


Kata ganti nama tempat:

Cakap ajuk: itu

Cakap pindah ini: itu


Kata keterangan cara:

Cakap ajuk; begini, demikian ini

Cakap pindah: begitu, demikian itu


Kata keterangan masa:


Cakap ajuk: Sekarang, hari ini, esok, semalam, kelmarin

Cakap pindah: Masa itu, kelmarinnya, tadinya




LANGKAH- LANGKAH MENUKARAN AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH:


  • Jangan mengubah makna asalnya
  • Membuang tanda pembuka kata dan penutup kata
  • Mengenal pasti kata kerja yang sesuai contohnya: menyuruh, meminta, mempersialakan, memberitahu dan sebagainya.
  • Lakukan perubahan perkataan contohnya, saya di ubah menjadi dia, kami ditukar menjadi mereka.
  • Jangan gunakan kata tanya. Tukar pada fungsinya. 
  • Tukar penggunaan kata atau tanya dalam ayat asal. Contoh:
    • Ayat penyata:berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan
    • Ayat silaan: Mempersilakan, menjemput, mengundang
    • Ayat permintaan: meminta , merayu, mencadangkan
    • Ayat suruhan: menyuruh, mengarahkan, memerintahkan
    • Ayat larangan: melarang, tidak membenarkan, mengeah, menghalang
    • Ayat tanya: bertanya, menanyakan , ingin tahu

Contoh bagi ayat cakap ajuk dan cakap pindah:


Cakap ajuk : "Kamu haruslah membeli makanan di gerai yang bersih  supaya tidak mengalami keracunan makanan" Kata puan Fatimah kepada anaknya

Cakp pindah: Puan Fatima menasihatianaknya supaya membeli makanan di gerai yang bersih supaya tidak mengalami keracunan makanan.




Latihan:


Tukar ayat cakap ajuk dibawah kepada ayat pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

  1.  " Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk memelihara bangunan-bangunan bersejarah di negara kita?' tanya Aidil kepada Suzie
  2. "Hai, apa khabar Amira?" Kata haikal 
  3. "Saya pandai", kata dia
  4. " Ada selekoh di hadapan" Kata Yazid kepada Mustafa
Pilih ayat cakap pindah yang tepat bagi memindahkan ayat cakap ajuk berikut:


" Jemput makan kuih itu" kata Azattul kepada katrina

  1. Azattul jemput katrina supaya makan kuih ini
  2. Azattul menjemput Katrina supaya makan kuih itu
"Saya akan berlepas ke Australia pada malam ini" kata Sara

  1. Sara menyatakan bahawa saya akan berlepas ke Australi pada malam ini
  2. Sara menyatakan bahawa dia akan berlepas ke Australia pada malam ini


Rujukan:

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof & Mohd Ra'in Shaari. (2006). Bahasa Melayu: Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd






ULANGKAJI : AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

STRATEGI MENJAWAB SOALAN MENUKARKAN AYAT

  • Baca arahan dengan teliti dan fahami kehendak soalan
  • Pelajar biasanya dikehendaki menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif atau daripada ayat pasif kepada ayat aktif
  •  Untuk menjawab soalan pada bahagian ini dengan baik, pelajar perlu mengetahui ciri ciri ayat aktif dan ayat pasif dalam bahasa Melayu

AYAT AKTIF

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan 

Biasanya kata kerja yang yang berimbuhan ‘meN-….’ , ‘men...kan’ dan ‘men..i’


Contoh ayat:- 

Amar (S) + menendang bola itu ke pintu gol

Haiqa (S) + telah mengambil buku itu semalam




AYAT PASIF

Ayat pasif pula terbentuk daripada perubahan struktur ayat aktif dan mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan

Mempunyai kata berawalan 'di'.

Disertai kata sendi nama 'Oleh". 


Contoh ayat:-


Bola (O) + itu ditendang oleh Amar

Buku (O) + itu telah diambil oleh Haikal semalam



FORMULA: 

Ayat Aktif: Subjek/Kata kerja/Objek (S/K/O)

Ayat Pasif: Objek/Katakerja/Subjek  (O/K/S)


Contoh ayat Aktift: Ali (S) membaca (k) buku (O)

Contoh ayat Pasif:  Buku (O) dibaca (K) oleh Ali (S)

Contoh ayat Pasif (kata ganti nama pertama) : Ikan itu (O) kamu (S) pancing (K)

Contoh ayat pasif (kata ganti nama kedua) : Ikan itu (O) saya (S) pancing (K)



PERHATIAN: Walaupun bentuk ayat-ayat tersebut berbeza tetapi pada dasarnya membawa maksud yang sama



Bina ayat aktif dan ayat pasif melalui gambar dibawah ini:




Gambar hiasan



Gambar hiasan


Gambar hiasan








Tukar ayat aktif dibawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya:

  1. Pemain England tersebut menendang bola itu dengan kuat 
  2. Amira melawat ibu yang sakit jantung dihospital
  3. Ramiza memasak sambal ikan bilis malam tadi
  4. Pak Rahim menceritakan asal usul kampung tersebut  kepada tetamu yang hadir
  5. Guru disiplin yang garang itu sedang memerahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolah
  6. Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik



Rujukan:

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof & Mohd Ra'in Shaari. (2006). Bahasa Melayu: Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd






Isnin, 10 Oktober 2016

ULANGKAJI : PERIBAHASA ( SIMPULAN BAHASA, PERUMPAMAAN & PERAMBAHAN BRUNEI)

SIMPULAN BAHASA


  • Ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan daripada makna perkataan tersebut.
  • Tujuan? Untuk menggambarkan sifat-sifat, tingkah laku situasi dan perangai spontan manusia.


CONTOH SIMPULAN BAHASA



Angkat kaki

Pergi meninggalkan sesuatu tempat dengan segera

Contoh ayat:

Abang angkat kaki apabila emak memarahinya



Curi Tulang


Malas melakukan sesuatu pekerjaan atau hanya berpura-pura bekerja.


Contoh ayat:

Pembantu rumah jiran saya selalu curi tulang bila majikannya tidak berada di rumah


Seterusnya..

Hisap darah 
Seseorang yang mengambil keuntungan yang banyak.

Tahan Hati
Teguh hati, sabar menghadapi sesuatu cubaan hidup.

Gila Pangkat
Terlalu mementingkan pangkat atau hanya mengejar pangkat.



PERAMBAHAN BRUNEI 


Ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu sebagai kiasan, bandingan, teladan dan pengajaran

** Perkataan yang digunakan dalam Permabahan Brunei ialah  menggunakan bahasa Brunei.


CONTOH PERAMBAHAN BRUNEI

Inda majalis (Majlis)
Sesuatu keadaan dan perbuatan yang kurang elok dalam sesuatu majlis.

Barangin
Watak atau keadaan seseorang yang tidak tetap pendirian.

Basar Hawa
Sesuatu keinginan/hajat yang besar tanpa perhitungan.


Lada Padi
Seseorang yang berbadan kecil atau berusia muda yang mempunyai sesuatu kebolehan atau kekuatan yang istimewa.

Masak Puji
Perihal orang yang suka dipuji, kalau tidak dipuji dia akan malas membuat sesuatu kerja.


PERUMPAMAAN


Perumpamaan ialah susunan kata-kata indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.

Biasanya perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama


CONTOH PERUMPAMAAN

Bagai dihiris sembilu
Hati seseorang yang terlalu sakit, pedih dan sedih kerana disakiti oleh seseorang

Seperti anak ayam kehilangan ibu
Seseorang yang kehilangan tempat bergantung atau sesuatu kaum yang berpecah-belah disebabkan kehilangan seseorang pemimpin yang disanjungi

Seperti Si Kudung mendapat cincin
Mendapat sesuatu benda yang sangat baik tetapi dia tidak dapat menggunakannya.

Bagai tikus membaiki labu
Seseorang yang tidak tahu membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, sebaliknya semakin bertambah rosak akhirnya.

Bagai kelip-kelip terbang malam
Sesuatu rahsia yang tidak dapat disembunyikan.