Bahasa Melayu

Bahasa Melayu
Gambar koleksi peribadi

Ahad, 16 Oktober 2016

ULANG KAJI: CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

STRATEGI MENJAWAB SOALAN MENUKARKAN AYAT



  • Baca dan fahami arahan dan ayat atau petikan yang diberi sebelum menjawab soalan
  • Jawapan kamu mestilah bebas daripada sebarang tanda tanya dan tanda seru sekiranya arahan meminta anda menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah.
  • Pelajar perlu memastikan agar tidak ada isi yang ditambah atau tertinggal  semasa menukarkan ayat.
  • Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan sahaja bagi soalan berdasarkan petikan untuk cakap pindah
  • Pelajar perlu berhati-hati dalam penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan sentiasa memelihara struktur ayat.
  • Pelajar tidak boleh mencampuradukkan bentuk cakap ajuk dengan cakap pindah dalam jawapan
  • Pelajar juga perlu memperlihatkan isi, bahasa dan kelancaran penyampaian yang baik dan berkesan dalam proses menukarkan ayat.

 AYAT CAKAP AJUK

Ayat cakap ajuk ialah percakapan seseorang tentang sesuatu. Ini bermakna cakap ajuk berupa petikan percakapan yang berbentuk perbualan atau dialog.

Ayat cakap Ajuk menggunakan pembuka kata dan penutup kata dalam tulisan ("......")


AYAT CAKAP PINDAH


Ayat cakap pindah ialah bentuk ayat yang ditulis semula daripada bentuk perbualan kepada bentuk karangan.

Ayat cakap pindah tidak menggunaka tanda pembuka kata dan penutu[ kata. 

Walaupun bentuknya berbeza daripada bentuk ayat cakap ajuk  tetapi maksud yang disampaikan adalah sama. 





 GOLONGAN KATA

Kata ganti nama diri:

Cakap ajuk: Saya ,aku, kami, beta, anda engkau

Cakap pindah: dia, beliau, mereka, baginda


Kata ganti nama tempat:

Cakap ajuk: itu

Cakap pindah ini: itu


Kata keterangan cara:

Cakap ajuk; begini, demikian ini

Cakap pindah: begitu, demikian itu


Kata keterangan masa:


Cakap ajuk: Sekarang, hari ini, esok, semalam, kelmarin

Cakap pindah: Masa itu, kelmarinnya, tadinya




LANGKAH- LANGKAH MENUKARAN AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH:


  • Jangan mengubah makna asalnya
  • Membuang tanda pembuka kata dan penutup kata
  • Mengenal pasti kata kerja yang sesuai contohnya: menyuruh, meminta, mempersialakan, memberitahu dan sebagainya.
  • Lakukan perubahan perkataan contohnya, saya di ubah menjadi dia, kami ditukar menjadi mereka.
  • Jangan gunakan kata tanya. Tukar pada fungsinya. 
  • Tukar penggunaan kata atau tanya dalam ayat asal. Contoh:
    • Ayat penyata:berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan
    • Ayat silaan: Mempersilakan, menjemput, mengundang
    • Ayat permintaan: meminta , merayu, mencadangkan
    • Ayat suruhan: menyuruh, mengarahkan, memerintahkan
    • Ayat larangan: melarang, tidak membenarkan, mengeah, menghalang
    • Ayat tanya: bertanya, menanyakan , ingin tahu

Contoh bagi ayat cakap ajuk dan cakap pindah:


Cakap ajuk : "Kamu haruslah membeli makanan di gerai yang bersih  supaya tidak mengalami keracunan makanan" Kata puan Fatimah kepada anaknya

Cakp pindah: Puan Fatima menasihatianaknya supaya membeli makanan di gerai yang bersih supaya tidak mengalami keracunan makanan.




Latihan:


Tukar ayat cakap ajuk dibawah kepada ayat pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

  1.  " Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk memelihara bangunan-bangunan bersejarah di negara kita?' tanya Aidil kepada Suzie
  2. "Hai, apa khabar Amira?" Kata haikal 
  3. "Saya pandai", kata dia
  4. " Ada selekoh di hadapan" Kata Yazid kepada Mustafa
Pilih ayat cakap pindah yang tepat bagi memindahkan ayat cakap ajuk berikut:


" Jemput makan kuih itu" kata Azattul kepada katrina

  1. Azattul jemput katrina supaya makan kuih ini
  2. Azattul menjemput Katrina supaya makan kuih itu
"Saya akan berlepas ke Australia pada malam ini" kata Sara

  1. Sara menyatakan bahawa saya akan berlepas ke Australi pada malam ini
  2. Sara menyatakan bahawa dia akan berlepas ke Australia pada malam ini


Rujukan:

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof & Mohd Ra'in Shaari. (2006). Bahasa Melayu: Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd






6 ulasan:

  1. Gamar pertama -
    Mereka sedang menyuci pakaian di tandas rumah mereka .
    Gambar kedua -
    Seorang budak sedang memancing di tepi sungai .
    Gambar Ketiga -
    perempuan itu sedang mencuci pinggan dengan senyuman lebar .

    Ang , Alfath .

    BalasPadam
  2. 1- " Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk memelihara bangunan-bangunan bersejarah di negara kita?' tanya Aidil kepada Suzie
    2-"Hai, apa khabar Amira?" Kata haikal
    3-"Saya pandai", kata dia
    4-" Ada selekoh di hadapan" Kata Yazid kepada Mustafa

    Jawapan :

    1 - Aidil bertaya kepada Suzie cara untuk memelihara bangunan sejarah di negara kita.

    2- Haikal bertanya khabar kepada Amira.

    3 - Dia memberitahu bahawa dia pandai.

    4 - Yazid berkata kepada Mustafa bahawa ada selekoh di hadapan.

    BalasPadam
  3. Basith :

    1- " Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk memelihara bangunan-bangunan bersejarah di negara kita?' tanya Aidil kepada Suzie
    2-"Hai, apa khabar Amira?" Kata haikal
    3-"Saya pandai", kata dia
    4-" Ada selekoh di hadapan" Kata Yazid kepada Mustafa

    Jawapan :

    1 - Aidil bertaya kepada Suzie cara untuk memelihara bangunan sejarah di negara kita.

    2- Haikal bertanya khabar kepada Amira.

    3 - Dia memberitahu bahawa dia pandai.

    4 - Yazid berkata kepada Mustafa bahawa ada selekoh di hadapan.

    BalasPadam
  4. latihan -

    1 - Aidil bertanya kepada suzie , apa pendapat suzie tentang bangunan2 bersejarah negara mereka .
    2 - Haikal bertanya kepada Amira tentang khabarnya .
    3 - dia berkata yang dia itu pandai .
    4 - Yazid memberitahu mustafa bahawa ada sekolah di hadapan .

    Ang , Alfath .

    BalasPadam
  5. 1" Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk memelihara bangunan-bangunan bersejarah di negara kita?' tanya Aidil kepada Suzie
    2"Hai, apa khabar Amira?" Kata haikal
    3"Saya pandai", kata dia
    4" Ada selekoh di hadapan" Kata Yazid kepada Mustafa

    jawapan:
    1.aidil bertanya kepada suzie apa pendapat mereka bagaimana cara untuk memelihara bangunan bangunan bersejarah di negara ini.
    2.haikal berkata kepada amira,"hai,apa khabar amira"
    3.dia berkata bahawa dia pandai
    4.Yazid berkata kepada Mustafa,bahawa dihadapan ada selekoh.
    QABIDH<RAWI

    BalasPadam
  6. Tukar ayat cakap ajuk dibawah kepada ayat pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

    " Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk memelihara bangunan-bangunan bersejarah di negara kita?' tanya Aidil kepada Suzie
    "Hai, apa khabar Amira?" Kata haikal
    "Saya pandai", kata dia
    " Ada selekoh di hadapan" Kata Yazid kepada Mustafa
    jawapan

    aidil bertanya kepada suzie bahawa bagaimana untuk memelihara bangunan bersejarah di negara kita

    haikal bertanya khabar amira

    dia kata saya pandai

    yazid memberitahu mustafa bahawa ada selekoh dihadapan


    Pilih ayat cakap pindah yang tepat bagi memindahkan ayat cakap ajuk berikut:


    " Jemput makan kuih itu" kata Azattul kepada katrina

    Azattul menjemput katrina supaya makan kuih ini

    "Saya akan berlepas ke Australia pada malam ini" kata Sara


    Sara menyatakan bahawa dia akan berlepas ke Australia pada malam ini


    daripada nazim,haji aiman & wazif

    BalasPadam