Bahasa Melayu

Bahasa Melayu
Gambar koleksi peribadi

Isnin, 10 Oktober 2016

ULANGKAJI : PERIBAHASA ( SIMPULAN BAHASA, PERUMPAMAAN & PERAMBAHAN BRUNEI)

SIMPULAN BAHASA


  • Ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan daripada makna perkataan tersebut.
  • Tujuan? Untuk menggambarkan sifat-sifat, tingkah laku situasi dan perangai spontan manusia.


CONTOH SIMPULAN BAHASA



Angkat kaki

Pergi meninggalkan sesuatu tempat dengan segera

Contoh ayat:

Abang angkat kaki apabila emak memarahinya



Curi Tulang


Malas melakukan sesuatu pekerjaan atau hanya berpura-pura bekerja.


Contoh ayat:

Pembantu rumah jiran saya selalu curi tulang bila majikannya tidak berada di rumah


Seterusnya..

Hisap darah 
Seseorang yang mengambil keuntungan yang banyak.

Tahan Hati
Teguh hati, sabar menghadapi sesuatu cubaan hidup.

Gila Pangkat
Terlalu mementingkan pangkat atau hanya mengejar pangkat.



PERAMBAHAN BRUNEI 


Ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu sebagai kiasan, bandingan, teladan dan pengajaran

** Perkataan yang digunakan dalam Permabahan Brunei ialah  menggunakan bahasa Brunei.


CONTOH PERAMBAHAN BRUNEI

Inda majalis (Majlis)
Sesuatu keadaan dan perbuatan yang kurang elok dalam sesuatu majlis.

Barangin
Watak atau keadaan seseorang yang tidak tetap pendirian.

Basar Hawa
Sesuatu keinginan/hajat yang besar tanpa perhitungan.


Lada Padi
Seseorang yang berbadan kecil atau berusia muda yang mempunyai sesuatu kebolehan atau kekuatan yang istimewa.

Masak Puji
Perihal orang yang suka dipuji, kalau tidak dipuji dia akan malas membuat sesuatu kerja.


PERUMPAMAAN


Perumpamaan ialah susunan kata-kata indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.

Biasanya perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama


CONTOH PERUMPAMAAN

Bagai dihiris sembilu
Hati seseorang yang terlalu sakit, pedih dan sedih kerana disakiti oleh seseorang

Seperti anak ayam kehilangan ibu
Seseorang yang kehilangan tempat bergantung atau sesuatu kaum yang berpecah-belah disebabkan kehilangan seseorang pemimpin yang disanjungi

Seperti Si Kudung mendapat cincin
Mendapat sesuatu benda yang sangat baik tetapi dia tidak dapat menggunakannya.

Bagai tikus membaiki labu
Seseorang yang tidak tahu membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, sebaliknya semakin bertambah rosak akhirnya.

Bagai kelip-kelip terbang malam
Sesuatu rahsia yang tidak dapat disembunyikan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan