Bahasa Melayu

Bahasa Melayu
Gambar koleksi peribadi

Jumaat, 25 November 2016

KARANGAN JENIS PERBAHASAN


PANDUAN MENGARANG



Karangan jenis perbahasan memerlukan anda mengemukakan hujah-hujah bagi satu pihak sahaja, sama ada menyokong atau membangkang tajuk yang diberikan

Tajuk atau soalan karangan jenis perbahasan dapat dikemukakan dalam dua bentuk

Bentuk yang pertama melibatkan situasi pertandingan. Anda akan menyertai pertandingan bahas dan dikehendaki untuk membahaskan tajuk perbahasan sam ada sebagai pencadang atau sebagai pembangkang. Dalam situasi pertandingan seperti ini, format karangan anda mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:



  1. Perenggan pendahuluan 
    • Mengandungi kata-kata aluan kepada hadirin, termasuk para hakim, mengikut protokol hadirin, kemudian diikuti oleh maksud tentang kata atau frasa yang terdapat dalam tajuk
  2. Perenggan isi
    • Mengandungi hujah-hujah yang diselangselikan dengan kata-kata penghadapan seperti tuaan-tuan dan puan-puan.
  3. Perenggan penutup
    • Mengandungi kesimpulan dan pengeasan pendirian anda terhadap tajuk perbahasan. (di akhiri dengan ucapan terima kasih)

Bentuk yang kedua tidak melibatkan situasi pertandingan. Anda dikehendaki membahaskan tajuk yang diberikan. Penulisan karangan bagi karangan ini mengikut format yang berikut:

  1. Perenggan pendahuluan
    • Tidak mempunyai kata alu-aluan
  2. Perenggan isi
    • Tidak mengandungi kata-kata penghadapan
  3. perenggan penutup
    • Mengandungi kesimpulan tentang tajuk; ucapan terima kasih tidak diperlukan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan