Bahasa Melayu

Bahasa Melayu
Gambar koleksi peribadi

Jumaat, 25 November 2016

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK



AYAT TUNGGAL


  • Ayat Tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan predikat
  • Ia boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan
  • Ia boleh mempunyai susunan biasa dan susunan songsang

Susunan Biasa

susunan biasa Ayat Tunggal (Bermula dengan subjek dan berakhir dengan predikat) contohnya:


  • Abang saya suka menonton cerita koboi
  • Wardatul sedang menyiram pokok-pokok bunga
  • Emak sedang menggosok baju
  • Jiran saya telah membeli sebuah rumah di kampung kilanas

Susunan Songsang

Susunan songsang Ayat Tunggal (Bermula dengan predikat dan berakhir dengan subjek) contohnya:


  • Menangkap tikus ini si Tompok
  • Sudah pulang ke kampung jiran kami
  • Sungguh mahal baju Batrisyia
  • ke Pulau Pinang bapa Dayat

Soalan:


  1. Apakah yang dimaksudkan dengan ayat tunggal?
  2. Bina ayat berpandukan gambar dibawah ini (Kawan saya):

Gambar koleksi peribadi


  3.  Cari Susunan biasa dan susunan songsang Ayat Tunggal:

  • Lelaki itu amat tinggi 
  • Pandai murid itu
  • Sungguh kejam penjenayah itu
  • Sudah pulang ke bandar abang saya
  • Pendaki itu berjaya juga akhirnya
  • Abang Anita ialah mahasiswa universiti

    

AYAT MAJMUK


  • Ayat Majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua atau lebih ayat tunggal
  • Ayat-ayat di dalam sesuatu Ayat Majmuk dicantumkan menggunakan kata hubung (yang, dan, kerana, supaya, atau, sambil)
  • Terdapat tiga jenis Ayat Majmuk, iaitu:
    • Ayat majmuk gabungan
    • Ayat majmuk pancangan
    • Ayat majmuk campuran



Ayat Majmuk Gabungan


Ayat majmuk gabungan  ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih daripada dua ayat yang disambungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, serta, tetapi sambil dan sebagainya.


Contoh:
Ayat tunggal 1: Danial belajar di Sekolah Menengah Sayyidina Hasan
Ayat tunggal 2: Taufiq belajar di Sekolah Menengah Sayyidina Hasan
Ayat Gabungan: (Cuba jawab)


Gambar koleksi peribadi



Ayat Majmuk Pancangan


  • Ia terbina daripada satu ayat induk atau ayat utama dan satu ayat atau beberapa ayat kecil lain
  • Ayat-ayat kecil yang dipancangkan di dalam ayatinduk menjadi sebahagian daripada ayat induk tersebut
  • Ayat Majmuk Pancangan terbahagi kepada 3 jenis:
    • Ayat relatif 
    • Ayat Komplemen
    • Ayat Keterangan
Ayat Majmuk Campuran

  • Mengandungi lebih dari satu jenis ayat
  • Ia boleh terdiri daripada gabungan satu ayat tunggal dengan satu ayat majmuk atau campuran  beberapa ayat majmuk yang berlainan jenis


Rujukan:

Nik Safiah Karim. (2003). Bimbingan Pelajar Bahasa Kita. Selangor: Cerdik Publication Sdn Bhd

Naafi Mat. (2006). Glosari Pengajian Melayu. Selangor: Cerdik Publication Sdn Bhd

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof & Mohd Ra'in Shaari. (2006). Bahasa Melayu: Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

1 ulasan:

  1. Salam. terima kasih atasa perkongsian ilmu. minta copy ya untuk pdp anak didik saya

    BalasPadam