Bahasa Melayu

Bahasa Melayu
Gambar koleksi peribadi

Selasa, 29 November 2016

MASALAH GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA


Diambil daripada www.youtube.com : Masalah sosial remaja

PENGERTIAN GEJALA SOSIAL

Gejala- Tanda-tanda (Akan terjadinya sesuatu)

Sosial- Segala hal yang berkaitan dengan masyarakat


Masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan dalam kehidupan seharian


JENIS-JENIS MASALAH GEJALA SOSIAL

Contohnya:

Gambar hiasan

Buli 

Gambar hiasan
Vandalisme

Gambar hiasan
Merokok


PUNCA-PUNCA GEJALA SOSIAL

Globalisasi
Media massa
Keruntuhan akhlak
Sikap ibu bapa
Sikap remaja
ICT
Kelemahan undang-undang


KESAN NEGATIF

Kepada individu itu sendiri
Keruntuhan nilai agama
Menjejaskan negara




 Rujukan:

 Abdullah Sani Yahya. (2006). Mengurus Disiplin Pelajar. PTS Professional

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/lain-lain/39790-gejala-sosial-dalam-kalangan-remaja





Jumaat, 25 November 2016

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK



AYAT TUNGGAL


  • Ayat Tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan predikat
  • Ia boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan
  • Ia boleh mempunyai susunan biasa dan susunan songsang

Susunan Biasa

susunan biasa Ayat Tunggal (Bermula dengan subjek dan berakhir dengan predikat) contohnya:


  • Abang saya suka menonton cerita koboi
  • Wardatul sedang menyiram pokok-pokok bunga
  • Emak sedang menggosok baju
  • Jiran saya telah membeli sebuah rumah di kampung kilanas

Susunan Songsang

Susunan songsang Ayat Tunggal (Bermula dengan predikat dan berakhir dengan subjek) contohnya:


  • Menangkap tikus ini si Tompok
  • Sudah pulang ke kampung jiran kami
  • Sungguh mahal baju Batrisyia
  • ke Pulau Pinang bapa Dayat

Soalan:


  1. Apakah yang dimaksudkan dengan ayat tunggal?
  2. Bina ayat berpandukan gambar dibawah ini (Kawan saya):

Gambar koleksi peribadi


  3.  Cari Susunan biasa dan susunan songsang Ayat Tunggal:

  • Lelaki itu amat tinggi 
  • Pandai murid itu
  • Sungguh kejam penjenayah itu
  • Sudah pulang ke bandar abang saya
  • Pendaki itu berjaya juga akhirnya
  • Abang Anita ialah mahasiswa universiti

    

AYAT MAJMUK


  • Ayat Majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua atau lebih ayat tunggal
  • Ayat-ayat di dalam sesuatu Ayat Majmuk dicantumkan menggunakan kata hubung (yang, dan, kerana, supaya, atau, sambil)
  • Terdapat tiga jenis Ayat Majmuk, iaitu:
    • Ayat majmuk gabungan
    • Ayat majmuk pancangan
    • Ayat majmuk campuran



Ayat Majmuk Gabungan


Ayat majmuk gabungan  ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih daripada dua ayat yang disambungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, serta, tetapi sambil dan sebagainya.


Contoh:
Ayat tunggal 1: Danial belajar di Sekolah Menengah Sayyidina Hasan
Ayat tunggal 2: Taufiq belajar di Sekolah Menengah Sayyidina Hasan
Ayat Gabungan: (Cuba jawab)


Gambar koleksi peribadi



Ayat Majmuk Pancangan


  • Ia terbina daripada satu ayat induk atau ayat utama dan satu ayat atau beberapa ayat kecil lain
  • Ayat-ayat kecil yang dipancangkan di dalam ayatinduk menjadi sebahagian daripada ayat induk tersebut
  • Ayat Majmuk Pancangan terbahagi kepada 3 jenis:
    • Ayat relatif 
    • Ayat Komplemen
    • Ayat Keterangan
Ayat Majmuk Campuran

  • Mengandungi lebih dari satu jenis ayat
  • Ia boleh terdiri daripada gabungan satu ayat tunggal dengan satu ayat majmuk atau campuran  beberapa ayat majmuk yang berlainan jenis


Rujukan:

Nik Safiah Karim. (2003). Bimbingan Pelajar Bahasa Kita. Selangor: Cerdik Publication Sdn Bhd

Naafi Mat. (2006). Glosari Pengajian Melayu. Selangor: Cerdik Publication Sdn Bhd

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof & Mohd Ra'in Shaari. (2006). Bahasa Melayu: Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

KARANGAN JENIS LAPORAN



PANDUAN MENGARANG

Karangan jenis laporan adalah karangan yang berkaitan tentang sesuatu hal atau peristiwa yang telah berlaku

Laporan yang dimaksudkan adalah mengenai tentang perjalanan sesuatu mesyuarat, kegiatan disekolah, lawatan kesuatu tempat dan sebagainya

Laporan yang ditulis hendaklah berdasarkan kenyataan dan bukan khayalan

Penggunaan bahasa hendaklah jelas dan betul. Elakkan penggunaan bahasa yang berbunga-bunga.

Urutan peristiwa hendaklah disusun mengikut tertibnya

gambar hiasan
Karangan jenis laporan mempunyai format khas. Pelajar biasanya dikehendaki mematuhi format yang dikhaskan untuk mengelakkan pemotongan markah dalam peperiksaan ataupun semasa membuat tugasan sekolah.

Format karangan jenis laporan:


  1. Tajuk laporan
  2. Isi laporan
  3. Pengakuan pelapor
  4. Tarikh
  5. Tanda tangan pelapor
  6. Nama dan jawatan pelapor 




Rujukan:


Hashim, S., bin Hashim, S., binti Yaakub, R., bin Ahmad, M. Z., Yaakub, R., & Ahmad, M. Z. (2007). Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. PTS Professional.



KARANGAN JENIS PERBAHASAN


PANDUAN MENGARANG



Karangan jenis perbahasan memerlukan anda mengemukakan hujah-hujah bagi satu pihak sahaja, sama ada menyokong atau membangkang tajuk yang diberikan

Tajuk atau soalan karangan jenis perbahasan dapat dikemukakan dalam dua bentuk

Bentuk yang pertama melibatkan situasi pertandingan. Anda akan menyertai pertandingan bahas dan dikehendaki untuk membahaskan tajuk perbahasan sam ada sebagai pencadang atau sebagai pembangkang. Dalam situasi pertandingan seperti ini, format karangan anda mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:



  1. Perenggan pendahuluan 
    • Mengandungi kata-kata aluan kepada hadirin, termasuk para hakim, mengikut protokol hadirin, kemudian diikuti oleh maksud tentang kata atau frasa yang terdapat dalam tajuk
  2. Perenggan isi
    • Mengandungi hujah-hujah yang diselangselikan dengan kata-kata penghadapan seperti tuaan-tuan dan puan-puan.
  3. Perenggan penutup
    • Mengandungi kesimpulan dan pengeasan pendirian anda terhadap tajuk perbahasan. (di akhiri dengan ucapan terima kasih)

Bentuk yang kedua tidak melibatkan situasi pertandingan. Anda dikehendaki membahaskan tajuk yang diberikan. Penulisan karangan bagi karangan ini mengikut format yang berikut:

  1. Perenggan pendahuluan
    • Tidak mempunyai kata alu-aluan
  2. Perenggan isi
    • Tidak mengandungi kata-kata penghadapan
  3. perenggan penutup
    • Mengandungi kesimpulan tentang tajuk; ucapan terima kasih tidak diperlukan