Bahasa Melayu

Bahasa Melayu
Gambar koleksi peribadi

Isnin, 5 September 2016

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI



Ciri-ciri surat kiriman tidak rasmi


  • Surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi.
  • Ditujukan kepada ahli keluarga dan sahabat handai untuk bertanyakan khabar, mengucapkan tahniah atau takziah dan menceritakan pengalaman yang pernah anda alami

Format surat kiriman tidak rasmi

    • Format surat kiriman tidak rasmi adalah seperti berikut:Alamat pengirim- di bahagian atas sebalah kanan
    • Tarikh surat- di bawah alamat pengirim dengan melangkau satu baris selepas alamat pengirim dan diakhiri dengan tanda noktah.
    • Pembuka kata surat- melangkau dua baris dalam bentuk yang ringkas seperti ke hadapan..., menemui..., dan lain-lain
    • Kata ganti nama diri penerima surat-  Di tulis sebelum memasuki perenggan yang seterusnya seperti ayahanda, bonda,  saudara/saudari, kakanda, adinda, nenda dan lain-lain.
    • Isi surat- berperenggan bagi setiap isi yang disusun mengikut kepentingan
    • Penutup surat- mengandungi bayangan bahawa surat itu akan tamat dan diakhiri dengan salam, ucapan ataupun nasihat
    • Pengakuan pengirim- di sebelah kanan dengan  melangkau dua baris selepas penutup surat dan diakhiri dengan tanda koma seperti yang ikhlas, yang benar,  dan lain lain sebelum menurunkan tanda tangan.
           ***Bahasa yang digunakan hendaklah mudah,ringkas dan padat.

Peringatan!
  • Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.
  • Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.
  • Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.
  • Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.
  • Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.


Contoh surat tidak rasmi


20, Jalan Bahagia, 
Taman Cahaya Biru,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor. 

18 April 2012.

     Ke hadapan sahabatku, Faris Naufal yang berada di Bayan Baru, Pulau Pinang. Apa khabar saudara? Diharapkan saudara sekeluarga sihat. Saya di sini seperti biasa.

     Saudara,
     Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk bercerita tentang sekolah baharu saya. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Bangi. Sekolah saya terletak di atas bukit. Kawasan sekitar sekolah saya sungguh cantik dan bersih.

      Saya belajar dalam Tahun Enam Bestari. Pada mulanya, agak sukar untuk saya menyesuaikan diri di tempat baharu. Namun, lama-kelamaan semuanya berjalan dengan lancar kerana murid-murid dalam kelas saya peramah dan baik-baik. Selain itu, mereka banyak membantu saya.

Di sekolah saya ada 40 orang guru. Guru di sini baik-baik. Puan Azlina Ahmad ialah guru besar sekolah saya. Guru kelas saya pula ialah Puan Zulraidah. Walaupun bersikap tegas, namun mereka baik hati.

     Sungguh cepat waktu berlalu. Sudah hampir dua bulan saya belajar di sekolah ini. Walaupun saya banyak mendapat rakan baharu, namun mereka tidak sama seperti saudara. Maklumlah kita berkawan sejak kecil. Banyak kenangan pahit dan manis kita harungi bersama-sama.
     Sampai di sini dahulu surat saya pada kali ini. Saya berharap agar saudara tidak keberatan untuk membalas surat ini. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan.
Yang benar,

Haziq Zaquan


Soalan karangan

  • Tulis karangan tentang tajuk-tajuk dibawah. Panjang karangan tidak lebih daripada 250 patah perkataan.
    • Kamu sekeluarga telah berpindah ke tempat baharu. Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan sekolah baharu kamu. Tulis surat itu selengkapnya.
    • Anda dan keluarga telah berpindah ke tempat lain. Tuliskan surat kepada kawan anda untuk menceritakan keadaan di tempat itu.




4 ulasan:

  1. ayat pasif:pakaian itu telah dicuci oleh ibu dan ayah.
    ayat aktif:ibu dan ayah mencuci pakaian di bilik mandi.


    SILA JAWAB!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. 2.ayat pasif:ikan itu di pancing oleh 1D.
    2.ayat aktif:1D telah memancing ikan.

    3.ayat pasif:pinggan itu di cuci oleh ibu saya
    3.ayat aktif:ibu saya telah mencuci pinggan

    BalasPadam