Gambar hiasan |
Pengenalan
- memodenkan karangan bermaksud mengalihkan bahasa klasik yang digunakan dalam karya sastera berunsurkan klasik atau lama kepada gaya bahasa Melayu moden.
- Karya klasik ialah teks atau karangan yang digunakan pada zaman dahulu.
- Gaya bahasanya banyak dipengaruhi oleh gaya bahasa lama atau klasik.
- Inti cerita banyak berkisar pada raja-raja dan golongannya yang menceritakan kisah kegagalan, keperwiraan, kecantikan kekebalan, kesaktian dan alam kayangan. Kebanyakan kisah bermula dengan pengembaraan raja yang gagah atau anak raja dan melakukan penyerangan terhadap negara yang lain.
Format memodenkan karangan
- Satu perenggan sahaja
- Tidak ada menggunakan bahasa klasik iaitu bukan ditambah-tambah atau dikurangkan
- Tulis jumlah perkataan
- Penanda wacana (menyambung ayat sontoh selain itu..)
Proses memodenkan karangan
- Pelajar perlu ingat jawapan yang ditulis mestilah dalam bahasa melayu moden
- Baca keseluruhan petikan sehingga faham
- Gariskan perkataan-perkataan bahasa klasik yang dapat ditukarkan
- Nama-nama khas jangan ditukar
- Ketahui perbezaan di antara bahasa klasik dengan bahasa istana
- Senaraikan dulu watak-watak yang ada dalam petikan prosa klasik tersebut. Pastikan kamu berjaya mengenal pasti beberapa watak yang mempunyai persamaan agar pemilihan kata ganti nama kamu tepat dan sesuai
- Nyatakan latar tempat, iaitu tempat prosa klasik itu diceritakan
- Nyatakan pokok persoalan yang ada dalam petikan tersebut
- Barulah kamu membuang perkataan-perkataan yang tidak diperlukan seperti maka, arakian,syahadan,-ia,-pun dan perkataan-perkataan klasik yang lain.
- Maka Sultan Mahmud pun kembali ke istana
- Adapun akan baginda Sultan Salehuddin telah mangkat.
- Maka baginda pun mengadakan kenduri makan minum.
Latihan
- Tatkala dilihat oleh Tuanku Mambang Saujana akan Awang Sulung Merah Muda memanjangkan diri menghulurkan pedangnya tiga depa kehadapan, takut dan dasyatlah ia, menggeletar segala sendi anggotanya. Maka Awang Sulung merah Muda pun melompat mencencang kena ke leher anak Raja Mambang itu. Maka lehernya pun putus, terpelanting ke tanah. Maka sujudlah orang sekalian kepada Awang Sulung Merah Muda Menaklukan negeri itu, lalu ia berangkat balik ke geliung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan