Bahasa Melayu

Bahasa Melayu
Gambar koleksi peribadi

Ahad, 25 September 2016

PENANDA WACANA

PENANDA WACANA

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah dan pandangan, seseorang semasa menulis ataupun berucap.




JENIS-JENIS PENADA WACANA:



  • Perbandingan/Perbezaan 
    • Contoh:Akan tetapi, sebaliknya, sama juga dengan
  • Penambahan
    • Contoh: Tambahan pula, lebih-lebih lagi, seterusnya, selanjutnya
  • Contoh
    • Contoh: Misalnya, seperti, ibarata, laksamana, macam, umpama
  • Waktu
    • Contoh: Kebelakangan ini, selepas ini, lambat laun, lama-kelamaan
  • Turutan
    • Contoh: Selepas itu,akhirnya, selain itu
  • Kesimpulan
    • Contoh: Kesimpulanya, oleh itu, akhit kata, rumusannya
  • Penghubung
    •  Contoh: Sungguhpun, walaupun
  • Umum
    • Contoh: Laizmnya, pada amnya
  • Sebab & Kesan
    • Contoh: sebab itu, dengan itu, lantaran itu, justeru itu
  • Kelasik:
    • Contoh: Syahadan. arakian, Hatta


CONTOH PETIKAN



udaya menegur sudah lama wujud di alam melayu dan dilakukan secara halus, tersirat, bertatatertib, beradat dan berakal budi. 
 
Namun begitu, tidak bermakna orang melayu tidak ada keberanian menegur secara berterus-terang. 

Oleh itu, budaya ini mesti dihidupkan semula bagi memperbaiki kesilapan yang dilakukan oleh sesuatu pihak dalam usaha kita memajukan masyarakat. 



CONTOH PETIKAN KLASIK



Syahdan, apabila orang Pasai melihat bagaimana panglima angkatan Siam mati itu,maka masing-masing pun bersorak gemuruh bunyinya sebagai tagar di langit. Maka, patahlah perang angkatan Siam itu, dan sekalian askar-askar Siam itu bertempiaran lari, mana-mana yang sempat lari ke perahunya belayarlah mereka balik ke benua Siam.




 









Jumaat, 9 September 2016

MEMODENKAN KARANGAN

Gambar hiasan




Pengenalan


  • memodenkan karangan bermaksud mengalihkan bahasa klasik yang digunakan dalam karya sastera berunsurkan klasik atau lama kepada gaya bahasa Melayu moden.
  • Karya klasik ialah teks atau karangan yang digunakan pada zaman dahulu.
  • Gaya bahasanya banyak dipengaruhi oleh gaya bahasa lama atau klasik. 
  • Inti cerita banyak berkisar pada raja-raja dan golongannya yang menceritakan kisah kegagalan, keperwiraan, kecantikan kekebalan, kesaktian dan alam kayangan. Kebanyakan kisah bermula dengan pengembaraan raja yang gagah atau anak raja dan melakukan penyerangan terhadap negara yang lain. 

Format memodenkan karangan

  • Satu perenggan sahaja
  • Tidak ada menggunakan bahasa klasik iaitu bukan ditambah-tambah atau dikurangkan
  • Tulis jumlah perkataan
  • Penanda wacana (menyambung ayat sontoh selain itu..)

Proses memodenkan karangan

  • Pelajar perlu ingat jawapan yang ditulis mestilah dalam bahasa melayu moden
  • Baca keseluruhan petikan sehingga faham
  • Gariskan perkataan-perkataan bahasa klasik yang dapat ditukarkan
  • Nama-nama khas jangan ditukar
  • Ketahui perbezaan di antara bahasa klasik dengan bahasa istana   

Teknik sebelum menjawab memodenkan karangan
  • Senaraikan dulu watak-watak yang ada dalam petikan prosa klasik tersebut. Pastikan kamu berjaya mengenal pasti beberapa watak yang mempunyai persamaan agar pemilihan kata ganti nama kamu tepat dan sesuai
  • Nyatakan latar tempat, iaitu tempat prosa klasik itu diceritakan
  • Nyatakan pokok persoalan yang ada dalam petikan tersebut
  • Barulah kamu membuang perkataan-perkataan yang tidak diperlukan seperti maka, arakian,syahadan,-ia,-pun dan perkataan-perkataan klasik yang lain.

Latihan

  1. Maka Sultan Mahmud pun kembali ke istana
  2. Adapun akan baginda Sultan Salehuddin telah mangkat. 
  3. Maka baginda pun mengadakan kenduri makan minum. 
Latihan

  • Tatkala dilihat oleh Tuanku Mambang Saujana akan Awang Sulung Merah Muda memanjangkan diri menghulurkan pedangnya tiga depa kehadapan, takut dan dasyatlah ia, menggeletar segala sendi anggotanya. Maka Awang Sulung merah Muda pun melompat mencencang kena ke leher anak Raja Mambang itu. Maka lehernya pun putus, terpelanting ke tanah. Maka sujudlah orang sekalian kepada Awang Sulung Merah Muda Menaklukan negeri itu, lalu ia berangkat balik ke geliung.

Isnin, 5 September 2016

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI



Ciri-ciri surat kiriman tidak rasmi


  • Surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi.
  • Ditujukan kepada ahli keluarga dan sahabat handai untuk bertanyakan khabar, mengucapkan tahniah atau takziah dan menceritakan pengalaman yang pernah anda alami

Format surat kiriman tidak rasmi

    • Format surat kiriman tidak rasmi adalah seperti berikut:Alamat pengirim- di bahagian atas sebalah kanan
    • Tarikh surat- di bawah alamat pengirim dengan melangkau satu baris selepas alamat pengirim dan diakhiri dengan tanda noktah.
    • Pembuka kata surat- melangkau dua baris dalam bentuk yang ringkas seperti ke hadapan..., menemui..., dan lain-lain
    • Kata ganti nama diri penerima surat-  Di tulis sebelum memasuki perenggan yang seterusnya seperti ayahanda, bonda,  saudara/saudari, kakanda, adinda, nenda dan lain-lain.
    • Isi surat- berperenggan bagi setiap isi yang disusun mengikut kepentingan
    • Penutup surat- mengandungi bayangan bahawa surat itu akan tamat dan diakhiri dengan salam, ucapan ataupun nasihat
    • Pengakuan pengirim- di sebelah kanan dengan  melangkau dua baris selepas penutup surat dan diakhiri dengan tanda koma seperti yang ikhlas, yang benar,  dan lain lain sebelum menurunkan tanda tangan.
           ***Bahasa yang digunakan hendaklah mudah,ringkas dan padat.

Peringatan!
  • Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.
  • Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.
  • Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.
  • Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.
  • Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.


Contoh surat tidak rasmi


20, Jalan Bahagia, 
Taman Cahaya Biru,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor. 

18 April 2012.

     Ke hadapan sahabatku, Faris Naufal yang berada di Bayan Baru, Pulau Pinang. Apa khabar saudara? Diharapkan saudara sekeluarga sihat. Saya di sini seperti biasa.

     Saudara,
     Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk bercerita tentang sekolah baharu saya. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Bangi. Sekolah saya terletak di atas bukit. Kawasan sekitar sekolah saya sungguh cantik dan bersih.

      Saya belajar dalam Tahun Enam Bestari. Pada mulanya, agak sukar untuk saya menyesuaikan diri di tempat baharu. Namun, lama-kelamaan semuanya berjalan dengan lancar kerana murid-murid dalam kelas saya peramah dan baik-baik. Selain itu, mereka banyak membantu saya.

Di sekolah saya ada 40 orang guru. Guru di sini baik-baik. Puan Azlina Ahmad ialah guru besar sekolah saya. Guru kelas saya pula ialah Puan Zulraidah. Walaupun bersikap tegas, namun mereka baik hati.

     Sungguh cepat waktu berlalu. Sudah hampir dua bulan saya belajar di sekolah ini. Walaupun saya banyak mendapat rakan baharu, namun mereka tidak sama seperti saudara. Maklumlah kita berkawan sejak kecil. Banyak kenangan pahit dan manis kita harungi bersama-sama.
     Sampai di sini dahulu surat saya pada kali ini. Saya berharap agar saudara tidak keberatan untuk membalas surat ini. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan.
Yang benar,

Haziq Zaquan


Soalan karangan

  • Tulis karangan tentang tajuk-tajuk dibawah. Panjang karangan tidak lebih daripada 250 patah perkataan.
    • Kamu sekeluarga telah berpindah ke tempat baharu. Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan sekolah baharu kamu. Tulis surat itu selengkapnya.
    • Anda dan keluarga telah berpindah ke tempat lain. Tuliskan surat kepada kawan anda untuk menceritakan keadaan di tempat itu.




Khamis, 1 September 2016

PENGGANDAAN

Maksud Penggandaan

  • Penggandaan ialah proses membentuk perkataan baru dengan cara mengulang semula kata dasar , sama ada seluruhnya atau pada bahagian-bahagian tertentu.
  • Perkataan yang terhasil daripada proses penggandaan disebut sebagai kata ganda.

Kata ganda terbahagi kepada tiga jenis

  • Penggandaan penuh
  • Penggandaan separa
  • Penggandaan berentak

Penggandaan penuh

  • Pengandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.
  • Pengandaan penuh terbahagi kepada dua jenis:
    • Kata tunggal (Contoh: Meja-meja, sekolah-sekolah, budak-budak)
    • Kata berimbuhan
      • Awalan (Contoh: pelatih-pelatih)
      • Akhiran (Contoh: sayur-sayuran rindu-rinduan)
      • Apitan (Contoh:  Bersalam-salaman, dimanja-manjakan)

Penggandaan Separa

  • Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbita
  • Penggandaan separa terbahagi kepada dua jenis
    • Penggandaan kata separa kata tunggal (Contoh: lelaki, pepohon, dedaun).
    • Pengandaan kata separa kata imbuhan 
      • Awalan (Contoh: berlari-lari, sebaik-baik)
      • Apitan (Contoh: Sayur-sayuran, rindu-rinduan)
      • Imbuhan (Contoh: Bersalam-salaman, dimanja-manjakan)
Penggandaan Berentak

  • Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu
  • Contoh: Kuih-muih, Batu-batan, lintang pukang
  • Penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis:
    • Pengulangan Vokal (Contoh: kuih-muih, lauk pauk, cerai-berai, gotong royong, hiruk-piruk)
    • Pengulangan konsonan(Contoh: gunung-ganang, bukit-bukau, mandi-manda)
    • Pengulangan bebas (Contoh: Saudara-mara,ipar-duai, ulang-alik, remeh-temeh)
Latihan:

  • Bina ayat dari perkataan kata ganda yang  disenaraikan  di bawah ini dengan jumlah 8 patah perkataan ke atas. 
    • Sekolah-sekolah                          
    • Duduk-duduk                               
    • Marah-marah                               
    • Lelaki                                        
    • Tolong-menolong
    • Besar-besaran
    • kuih-muih
SELAMAT MENCUBA!