Bahasa Melayu

Bahasa Melayu
Gambar koleksi peribadi

Isnin, 29 Ogos 2016

MERINGKASKAN KARANGAN


https://www.youtube.com/watch?v=aEnQgMJu2J4

Panduan Menulis Ringkasan

  • Memahami isi petikan
    • Baca dan fahami petikan yang diberi dengan penuh konsentrasi.
    • Baca berulang kali agar dapat memahami petikan itu.
    • Garis isi-isi penting
    • Susun isi-isi mengikut kepentingan dalam bentuk rangka jawapan

  • Menulis isi karangan
    • Setelah memahami petikan/karangan tersebut, barulah menulis atau mencatit isi-isi yang difikirkan penting. Semasa mencari isi-isinya ada beberapa perkara yang harus diambil perhatian.
      • Tinggalkan sahaja bahagian-bahagian ayat yang berbelit-belit dan yang kurang penting.
      • Hal-hal yang tidak penting seperti contoh-contoh, misalan-misalan dan kiasan-kiasan hendaklah ditinggalkan. 
      • Seboleh-bolehnya gunakan ayat-ayat dan perkataan-perkataan anda sendiri. 
  • Mengarang semula
    • Setelah selesai mencatat segala isi-isinya, tulis semula catitan itu dalam bentuk karangan. Beberapa cara mesti diambil perhatian semasa mengarang semula iaitu seperti: 
      • Catitan-catitan yang pendek tadi hendaklah disambungkan supaya menjadi ayat-ayat yang panjang dan sempurna. 
      • Gunakan bahasa anda sendiri. (Anda tidak boleh menyalin ayat-ayat dalam petikan asal dan dipindahkan ke dalam ringkasan.
      • Elakkan daripada menulis ayat-ayat yang terputus-putus dan sukar difahami. 
      • Jagalah tanda-tanda bacaan dan jalan bahasanya hendaklah betul. 
      • Ayat cakap ajuk dalam karangan asal hendaklah ditukarkan kepada ayat cakap pindah. 

  • Menyemak semula
    • Setelah selesai menulis, baca dan semak semula karangan anda untuk mengelakkan markah dipotong kerana pelbagai kesilapan yang tidak anda sengajakan
    • SEmakan perlu anda lakukan supaya tiada kesalahan tanda baca, ejaan, penanda wacana dan tatabahasa.
    • Walaupun biasanya diminta menulis 100 patah perkataan, tetapi pelajar boleh menulis 95 patah perkataan hingga 105 patah perkataan. Jumlah perkataan yang kurang daripada 95, sudah tentu bermaksud kurang isi penting, manakala markah akan ditolak jika lebih daripada 105 patah perkataan. 

PANDUAN MENGIRA PERKATAAN

Contoh bagi perkataan-perkataan berikut dikira sebagai satu perkataan:

  • Kata nama khas
    • Puan Salmah
    • Doktor Rina
    • Jalan Mawar
    • Kampung Telisai
    • Si Jalak
    • Kementerian Pendidikan
    • Sekolah Menengah Sayyidina Omar Alkhattab
    • Tasek Lama

  • Kata sendi nama
    • di
    • ke
    • dari
    • daripada
    • antara tentang
    • seperti
    • antara

  • Gelaran
    • Pengiran anak
    • Dayangku
    • Yang Berhormat
    • Duli Yang Maha Mulia
    • Pehin Dato'

  • Kata Ganda
    • Pelawat-pelawat
    • Sayur-mayur
    • Buku-buku
    • kuih-muih
    • Bantu-membantu

  • Tarikh dan angka
    • 2 Oktober 2020
    • 1980-an
    • ke-100
    • 1000

  • Peribahasa, ungkapan dan cogan kata
    • Seperti pinang dibalah dua
    • Rumahku syurgaku
    • Pandu cermat jiwa selamat